Tuesday, 19 July 2011

D!@ dAt@Ng MeNjEmpUt kU....

"Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil

Terbujur badan dan kedinginan"

Seorang anak Adam sedang 'bahagia' menikmati hidup, bersuka ria dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan dan keluarga, ada yang leka bekerja mencari rezeki untuk membahagiakan kehidupan yang sedia ada, ada yang sedang lena diulit mimpi-mimpi indah, tidak kurang ada yang sedang berpesta menikmati keseronokan dunia, ada pula yang sedang lalai melakukan kemaksiatan dan terlalu ramai yang sedang hanyut dalam gelombang dosa yang berterusan..tetapi pernahkah mereka terfikir, pedihnya saat yang dinamakan Sakaratul Maut?!

Tanggal 8 julai 2011,tepat jam 7.30 mlm aku trm panggilan drpd seorg sahabat yg mengatakan seorang insan yg bergelar sahabat kami iaitu firdaus mat isa telah dipanggil oleh yg maha esa, akibat jangkitan kuman pada paru2 nye...Telah tiba saat dan waktunye utk die..Giliran kita pulak xtau lg bila.. mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin skjp lg..siapa yg tahu ketentuan yg Maha ESA...

"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sebentar, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri" - Imam Ghazali

Imam Ghazali juga meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah S.A.W, baginda bersabda:

"Ketika sekelompok Bani Israel berada di sebuah tanah pekuburan, mereka berdoa pada Allah S.W.T agar Allah dapat menghidupkan semula satu mayat daripada tanah pekuburan itu agar mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut yang sebenarnya. Dengan izin Allah S.W.T, tiba-tiba mereka dihadapkan dengan seorang lelaki yang muncul dari salah satu liang lahad tersebut. "Wahai manusia !", kata lelaki tersebut. "Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa kesakitan bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku."

Kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A, " Manusia ini sebenarnya tidur dan akan bangun bila ia mati. Bila sampai saat kematian baru dia sedar akan perlunya bekalan amalan untuk dibawa ke akhirat untuk dihitung oleh Allah kemana arah tujuan. Dimana tempat bermulanya 'kehidupan' yang sebenar."

"Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata: "Ya Rabb kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan."

(al-Mu'minun : 99-100)

Suatu hari, Nabi Ibrahim A.S meminta kepada Allah agar diperlihatkan wajah malaikat maut ketika ingin menarik nyawa orang-orang yang musyrik dan tidak beriman kepada Allah S.W.T. Maka Allah memperkenankan permintaan Nabi Ibrahim A.S. Sejurus selepas itu muncullah malaikat maut berkulit hitam legam, berbau teramat busuk dan meloyakan, memiliki dua mata satu didepan dan satu dibelakang. Di mulutkan kelihatan api yang panas membara. Nabi Ibrahim A.S yang melihatnya pengsan tidak sedarkan diri. Sedangkan saat sakaratul maut manusia yg kufur itu diseksa sedemikian rupa, sesungguhnya seksa Allah S.W.T diakhirat kelak lebih berlipat kali gandanya!

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:

1. Hartanya untuk waris-waris tinggalannya.

2. Nyawanya untuk ditarik oleh Malaikal Maut.

3. Dagingnya di perut bumi untuk santapan ulat-ulat.

4. Tulangnya untuk direputkan oleh tanah.

5. Amalan dan kebajikannya sepanjang hidup dimuka bumi serta doa anak yang soleh yang tidak jemu-jemu mendoakannya.

Kadang kala ada ketikanya, orang yang telah mati seakan-akan datang kepada kita untuk meraih 'bantuan' daripada kita seperti contoh, mereka menghadirkan diri dalam mimpi kita supaya kita melihat keadaan mereka di alam sana dan terima pengajaran daripada apa yang diperlihatkan kepada kita. Maka ingatlah kepada mereka yang telah kembali menghadap Ilahi serta sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacalah Yasin untuk mereka mudah-mudahan beban yang ditanggung mereka dikurangkan. Insya-Allah.

Sedih, pilu,kehilangan semuanye bercampur baur...dia seorg insan yg ckp menarik personalitinye (bg aku la), w/p ramai yg xbrp suka kat die, tp die ttp ade keistemewaan yg org xdpt lihat dgn mata kasar, tp lihat apabila dilihat pd dasar hati nya..seorg shbt yg cukup mengambil brt kt membe2 kelilingnya,w/p mulut die ni agak laser ckit..tp aku selesa berkawan dgn nya..ermmm pelik ke aku ni..sbb sudah menjadi kebiasaan, aku akan berkawan dgn insan yg kebanyakkannye membe lain xbrp suka..knp ye??? aku pon xfhm, tp mereka ni ttp ade istimewanya jika kita menyelami jiwa mrk,kita akan dpt tau...

Mati itu perkara yang paling pasti di pengakhir kehidupan. Silap bagi mereka yang berpendapat bahawa mati itu umpama tidur yang panjang dan segala nasib malang akan berakhir sesudah kematian. Mati itu sebenarnya permulaan bagi kehidupan-kehidupan lain di alam kubur, di alam padang masyar, di alam yang kekal abadi, syurga dan neraka. Wallahualam.

Andai kutahu

Malaikat-Mu kan menjemputku

Izinkan aku

Mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut

Akan semua dosa dosaku

Aku takut

Dosa yang terus membayangiku

** Mati itu tidak mengira usia. Sama-samalah kita berdoa agar mereka2 yg telah dijemput ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Dan buat kita yang masih hidup, perbaiki lah amalan kita, berhiburlah dengan batasan syariat(berpada-pada), berbuat baiklah dengan orang-orang disekeliling kita. Jika masih ada yang bermusuhan, minta lah maaf dengan segera. Sebelum ajal kita tiba..kerana saat itu, semuanya sudah terlambat..

Ini sudah 2 sahabatku yg merangkap classmate yg menyahut panggilan yg Maha ESA..Al- Fatihah buat sahabatku Norfaznita & firdaus.....Semoga mereka sentiasa berada dibawah rahmatnye dan dijauhkan seksa kubur...amin

AL-FATIHAH...AMIN

No comments:

Post a Comment