Friday, 15 July 2011

SeSu@tu yg MenArik yG n@k aku SyeR

Kejayaan Sebenar Bermula Dari Sikap

Ada banyak cara sebenarnya untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini. Dan salah satu caranya adalah melalui sikap kita sendiri. Kita perlu menngetahui betapa pentingnya sikap dalam kehidupan kita dan juga cara untuk kita mengawalnya. Jadi saya ingin berkongsikan disini bagaimana sikap kita adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam membawa kita untuk menuju kejayaan.

Sentiasa Bersikap Positif

Anda perlulah mengawal perasaan sedih atau marah kerana masalah peribadi dan juga keluarga. Jangan libatkannya dalam sesuatu perkara yang lain. Jika tidak segala kerja yang perlu anda siapkan hanya akan menjadi sia-sia ataupun lambat untuk disiapkan kerana telah terganggu oleh perasaan sedih ini. Cuba tenangkan diri dan sentiasa bersikap positif kerana segala masalah jika terlalu sangat difikirkan tanpa ada jalan penyelesaian akan membawa kepada masalah yang lebih besar dan buruk.

Yakin Diri Anda Boleh

Dalam setiap perkara yang anda lakukan anda mesti tetapkan dalam kotak fikiran anda yang anda boleh melakukannya. Ini kerana jika anda tidak yakin bagaimana setiap perkara yang anda lakukan akan dapat dilakukan dengan sempurna. Tanpa keyakinan juga adalah punca kepada kegagalan. Tidak susah untuk yakin. Ianya adalah kawalan dari minda anda. Jika anda pandai mengawal minda anda sudah tentu tidak susah untuk anda bagi meletakkan keyakinan dalam diri anda. Jika masih gagal jangan terus mengalah dan usaha lagi sehingga anda berjaya.

Jangan Mudah Mengalah

Banyak dari kita terus jatuh apabila terpaksa menghadapi kegagalan. Tidak apa jua perkara yang kita lakukan. Jangan mudah mengalah apabila anda gagal. Mungkin anda sudah biasa mendengar ayat ni. Tapi memang itulah yang sebenarnya anda perlu lakukan. Jika anda terus mengalah apabila sekali gagal maka anda seorang yang mungkin tidak pernah menemui kegagalan sebelum ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah bangkit dan belajar dari kegagalan tersebut dan cari langkah untuk mencapai kejayaan dalam perkara yang anda lakukan.

Jujur Dengan Diri Sendiri

Jika anda tidak mampu untuk bersikap jujur terhadap diri sendiri maka anda jangan pula mengharapkan orang lain untuk bersikap jujur kepada anda. Setiap perkara yang anda lakukan hendaklah sentiasa jujur dan ikhlas supaya hidup anda akan sentiasa diberkati. Jangan melakukan sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa. Ini kerana jika anda melakukan sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa maka hasilnya juga adalah tidak baik. Maka lakukan sesuatu kerja itu dengan jujur dan ikhlas walaupun anda tidak berapa menyukainya. Nescaya anda akan mendapat hasil yang terbaik darinya.

Jangan Berbangga Diri

Jika anda telah menemui banyak kejayaan dalam kerjaya dan hidup anda, maka saya ucapkan tahniah. Akan tetapi jangan pula kita menjadi sombong dan bongkak dengan banyaknya kejayaan yang dikecapi. Ramai orang apabila mereka ini sudah terlalu hebat dan telah mengecapi banyak kejayaan akan bersikap sombong dengan orang lain. Perbuatan seperti ini adalah sangat dibenci sama sekali oleh sesiapa pun. Untuk mengecapi lebih banyak kejayaan maka anda perlu sentiasa merendah diri dan juga menghormati orang lain.

Jadi adalah penting sebelum melakukan apa-apa perkara kita kena mengubah sikap kita dahulu. Jika sikap kita adalah baik maka baik la juga hasilnya.

No comments:

Post a Comment