Mengikut Wikepedia Ensiklopedia Bebas, Zuhal
merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di
dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan
Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet
gergasi bergas.
Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi
sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet
Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai Yunani
Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta.
Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode:♄).
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.

Rahsia Planet Zuhal
Mengikut Shahgazer on Tue, 13/10/2009 - 22:15 Berita Luar Negara, Planet Zuhal dikenali ramai dengan sistem gelang yang begitu indah dan komplex. Baru-baru ini, perjalanan orbit planet Zuhal telah melintasi satah orbit bumi dan menyebabkan gelangnya kelihatan amat nipis dan hampir-hampir hilang dari pandangan.
Namun, itu baru separuh sahaja daripada ceritanya. Baru-baru ini, teleskop angkasa Spitzer (Spitzer Space Telescope) telah menemui gelang baru yang melingkari planet ini. Apa yang pelik ialah saiznya yang hampir 50 kali ganda lebih lebar daripada Gelang-E, dan terletak pada jarak lebih 200 kali ganda saiz radius planet Zuhal itu sendiri! Penemuan ini meletakkan ia sebagai sistem gelang planet yang paling besar pernah dirakam oleh mana-mana teleskop.
Gelang yang terdiri daripada debu-debu halus ini dipercayai berasala daripada bahan-bahan yang disembur keluar daripada permukaan salah sebuah bulan Zuhal, bernama Phoebe. Orbit bulan Phoebe ini berada betul-betul di tengah-tengah kawasan gelang debu tersebut. Teori lain turut menyatakan debu-debu inilah yang mengakibatkan sebahagian daripada hemisfera bulan Iapetus berwarna gelap.
Ciri Fizikal
Disebabkan kombinasi terhadap ketumpatannya yang rendah, putarannya yang pantas dan keadaan berbentuk cecair, Zuhal merupakan satu sfera yang agak lonjong; iaitu, ia mempunyai sedikit leper di bahagian kutub-kutub dan mengempar di bahagian khatulistiwa. Jejari khatulistiwa dan kutub berbeza sebanyak 10%—60 268 km melwn. 54 364 km.[5]Planet-planet gas yang lain juga berkeadaan sedemikian, tetapi agak kurang.
Perbandingan kasar saiz Zuhal dan Bumi
Ciri Putaran
Oleh kerana Zuhal tidak berputar pada paksinya pada kadar sekata, dua tempoh putaran telah digunakan baginya, sama seperti kes Musytari: Sistem I mempunyai tempoh 10 jam 14 minit 00 saat (844.3°/d) dan merangkumi Zon Ekuatorial, yang menjulur dari hujung utara Ekuatorial Selatan sehingga hujung selatan Ekuatorial Utara. Semua latitude lain Zuhal telah diberikan tempoh putaran 10 jam 39 minit 24 saat (810.76°/d), yang merupakan Sistem II. Sistem III, diasaskan pada pancaran radio dari planet, mempunyai tempoh 10 jam 39 minit 22.4 saat (810.8°/d); kerana ia amat hampir kepada nilai Sistem II, ia telah digantikan secara menyeluruh.
Apabila menghampiri Zuhal pada tahun 2004, kapal angkasa Cassini mendapati bahawa putaran radio Zuhal telah meningkat sedikit, kepada anggaran 10 jam 45 minit 45 saat (± 36 s). Punca sebenar perubahan tersebut tidak diketahui.
Pembebasan haba Zuhal, titik panas jelas di bahagian bawah imej betul-betul di kutub selatan Zuhal
Gelang Zuhal
Zuhal kemungkinannya paling dikenali disebabkan gelang atau cecincin planetnya, yang menjadikannya sebagai salah satu objek dapat dilihat yang paling menakjubkan dalam sistem suria.
Imej Teleskop Angkasa Hubble, diambil pada Oktober 1996 menunjukkan gelang Zuhal dari jarak sejajar

Sejarah
Gelang itu pertama sekali dilihat oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dengan teleskopnya, tetapi dia tidak dapat memastikannya. Dia kemudian menulis kepada Grand Duke of Tuscany bahawa "Zuhal tidak bersendirian tetapi terdiri daripada tiga, yang hampir bersentuhan dan tidak bergerak berbanding sesama sendiri. Mereka tersusun dalam garis setentang dengan zodiak, dan yang di tengah [Zuhal] adalah tiga kali saiz yang lurus [penjuru gelang]". Dia juga menggambarkan Zuhal sebagai mempunyai "telinga." Pada tahun 1612 sudut gelang menghadap tepat pada bumi dan gelang kelihatannya hilang, dan kemudian pada 1613 ia muncul kembali, mengelirukan lagi Galileo.
Persoalan gelang itu tidak dapat diselesaikan sehingga 1655 oleh Christian Huygens, yang menggunakan teleskop yang lebih berkuasa berbanding dengan yang ada pada Galileo pada masanya.
Pada tahun 1675 Giovanni Domenico Cassini menentukan bahawa gelang Zuhal sebenarnya terdiri daripada pelbagai gelang lebih kecil dengan ruang antara mereka; ruang terbesar dinamakan Pembahagi Cassini (Cassini Division).
Ciri Fizikal Gelang
Gelang tersebut boleh dilihat dengan menggunakan teleskop moden
berkuasa serdahana atau dengan teropong berkuasa tinggi. Ia menjulur
6,630 km hingga 120,700 km atas khstulistiwa Zuhal, dan terdiri daripada
batu silika, oksida besi, dan ketulan air batu bersaiz kumin sehingga
kereta kecil. Terdapat dua teori mengenai asal cicin Zuhal. Teori
pertama diusulkan oleh Édouard Roche pada abad ke 19, adalah gelang
tersebut merupakan bekas bulan Zuhal yang orbitnya reput sehingga ia
cukup dekat sehingga berkecai akibat kuasa pasang surut (lihat had
Roche). Variasi teori ini adalah bulan tersebut berkecai akibat hentaman
komet atau asteroid. Teori kedua adalah cicin tersebut bukanlan dari
bulan Zuhal, tetapi bahan lebihan nebula asal yang membentuk Zuhal.
Teori ini tidak diterima masa kini disebabkan gelang Zuhal dianggap
tidak stabil merentasi jutaan tahun, dan dengan itu dianggap baru
terbentuk.
Sementara ruang terluas di gelang, seperti Renggang Cassini (Cassini division) dan Renggang Encke, boleh dilihat dari Bumi, Voyager mendapati gelang tersebut mempunyai struktur seni yang terdiri dari "beribu" renggangan kecil dan gelang (ringlets). Struktur ini dipercayai terbentuk akibat tarikan graviti bulan-bulan Zuhal melalui pelbagai cara. Sesetengah ruang terhasil akibat laluan bulan kecil seperti Pan, dan banyak lagi ruang yang belum dijumpai, sementara sesetengah gelang kecil dikekalkan oleh medan graviti satelit penggembala kecil seperti Prometheus dan Pandora. Ruangan lain terbentuk akibat "getaran" antara tempoh orbit zarah direnggang dengan bulan yang lebih besar yang terletak lebih jauh; Mimas mengekalkan renggangan Cassini melalui cara ini. Malah lebih berstruktur dalam gelang sebenarnya terdiri dari gelombang berputar yang dihasilkan oleh ganguan graviti bulan secara berkala.

No comments:
Post a Comment