Dengar aje tajuk tu mcm seram je kan..hehhehehe xde la seram mana pon..
Ha hari tu aku kuar jln2 ngan bff aku ni, singgah la kat popular..memang tmpt fav aku tu klu aku kuar msti singgah kedai buku, xkira la kedai buku apa pon, janji kedai buku..kikikiki
Tengok punye tgk, aku suruh la bff aku ni beli buku ni, sbb aku nk beli buku lain..bijak x..:) then dia pon beli la buku ni..Kenapa aku rekemen dia beli?????? ermmm sebenarnye, aku ade nmpk buku ni kat umah along aku, nk pnjm kat die mls la plak, so aku tanye la die beh ke buku ni, dia kata beh sgt...soooo tu la sbbnye knp aku srh bff aku ni beli...dan dia pon kata beh gak..hehheh
Bukan apa masa tu aku nk beli buku lain jgk :)
Ceritanye
mengisahkan tentang seorang remaja berusia 17 thn, bernama Alisa yg diminta
berkahwin dengan abg sepupunya sendiri bernama Hafiz, kerana Alisa ni anak
tunggal dan ibubapanya akan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Hafiz diberi tangungjawab untuk menjaga Alisa sepanjang pemergian mereka ke tanah suci Mekah. Oleh kerana tidak mahu mereka berdua-duaan dirumah maka mereka dinikahkan. Dalam masa yg sama harapan ibu Alisa supaya Hafiz dapat membimbing Alisa kepada kebenaran. Ibu Alisa takut yg anaknya itu berkawan dengan sesiapa yg buruk perangainya.
Pernikahan mereka berlangsugn juga hanya dalam perngetahuan keluarga sahaja dan majlisnya hanya diadakan selepas Alisa tamat SPM. Novel ni tak memarkan konflik yg rumit. Hanya sebuah kisah perjalanan hidup dua insan yg bernama Alisa dan Hafiz. Kisah bagaimana pahit manis yg ditempuhi oleh mereka berdua, bagaimana perubahan demi perubahan yg berlaku terhadap diri Alisa dan kematangan Alisa dalam meningkat dewasa dengan gelaran isteri dalam usia yg begitu muda. Perkembangan Hafiz dalam mendidik serta membimbing Alisa.
Bila aku abih baca buku ni, ternyata ianye tidak mengecewakan malah mmg menghiburkan la dan rasa terisi dgn sedikit ilmu.
Korang patut baca buku ni, kenapa???
- buku ni menghibur kan hati pembaca, dari mula korang baca sampai la abih baca, mmg seronok tau. Sepanjang membaca, mesti ade sengih dan ketawa, senyum..:)
- sifat romantik yg ustaz hafiz ni tunjukan bila lepasa kawin...sapa kata kawen tanpa cinta xbahagia???...bercinta selepas kawen malah lebih bahagia..
- Yg paling behnye pasal buku ni, dia banyak ilmu pengetahuan, penulis menyelitkan sejarah perkembangan islam pada zmn rasullullah, menyelitkan maksud2 ayat2 alquran,nasihat2 yg baik dan jugak surah2 yg baik yg boleh kita amalkan melalui watak seorang suami yg bergelar ustaz. seronokan membaca sambil dpt ilmu.
- Menceritakan tentang perjalanan kita mencari cinta ILLAHI..
Tu la serba cikit pasal buku ni...Selamat membaca :)
( Lepas ni boleh smbg baca buku lain plak )
( Lepas ni boleh smbg baca buku lain plak )
No comments:
Post a Comment