Friday, 2 August 2013

SURAH AL HASYR

JIKA KITA MENGAMALKAN SURAH INI SELEPAS SUBUH & ASAR, INSYAALAH KITA AKAN DAPAT RAHMAT DAN DIJAGA OLEH 70 000 MALAIKAT DAN JIKA MENINGGAL PADA MALAM ATAU SIANGNYA , IA AKAN MEMPEROLEH SYURGA ALLAH SWT.

Surah ini diturunkan di Madinah , mengandungi 24 ayat. Dinamakan 'surah "Al-hasyr" iaitu "peristiwa perhimpunan pihak musuh". Pada awal surah ini Allah menegaskan bahawa : dialah yg telah mengusir keluar orang-orang kafir golongan Yahudi dr kampugn halaman mereka (madinah) pada julung2 kalinya mereka berhimpun hendak memerangi Rasullullah saw.

Intisari kandungan : Antara lain menerangkan kisah pengusiran sepuak kaum Yahudi yg tinggal di madinah disebabkan khianatnya terhadap rasullullah dan umat islam. " mereka ditimpakan azab yg demikian, kerana mereka menentang perintah Allah dan Rasulnya. Dan ingatlah sesiapa yg menentang perintah Allah maka sesungguhnya Allah maha berat azab dan seksanya".

Lemudian Allah menerangkan perihal org-org islam dr kaum muhajirin dan ansar yg ada didalam zaman nabi dan sifat2 merekayg mulia dan terpuji. serentak dgn itudisebutkan perihal umat islam yg datangsesuadah itu : " dan org-org islam yg datang kemudian daripada mereka berkata " Wahai tuhan kami ampunkanlah bagi kami dan bagi saudara kami yg yg mendahului kami dalam iman dan jgn lah Engkau jadikan hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap org-org beriman. " Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau maha melimpah belas kasihan dan rahmatmu"

setelah itu, Allah swt memberikan perbandingan mengenai Al-quran yg mengandungi pelbagai pengjaran dan menjadi hidayah petunjuk : " sekiranya kami turunkan Al-quran ini keatas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah..


No comments:

Post a Comment